"SESUATU ILMU ITU AKAN MENJADI BUKAN KERANA GURUNYA HEBAT, TETAPI ILMU ITU MENJADI KERANA KUATNYA SESEORANG ITU BERAMAL DI DALAM HATINYA PENUH KE SUCIAN KERANA ALLAH SWT"

Tuesday 3 September 2013

PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI


PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI

PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI telah diasaskan sendiri oleh Guru Ahmad Hazuan Hasmi pada awal tahun 2006 di Perlis.  PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI  ini mengabungkan 6 jenis persilatan yang terbaik iaitu Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Warisan, Silat Kalimah, Silat Cekak dan juga Buah Pukul. 6 jenis aliran inilah yang menjadi silibus yang utama dalam  PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI . Gabungan ini telah menghasilkan suatu aliaran silat yang canggih, mendidik,mendisiplinkan murid, mendekati diri kepada Allah SWT serta unik.

PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI  banyak menumpukan kepada pergerakkan asas yang di panggil pergerakkan senjata 8 manusia asli (2 Tangan, 2 Sikuan, 2 Lutut & 2 Kaki). Menumpukkan kepada teknik pukulan serangan, serang balas & menanti serangan. Penchak BIMA juga tidak menumpukan kepada beladiri tangan kosong (Betakos) tetapi juga mengajar para pesilatnya penggunaan senjata dengan cara & teknik Penchak BIMA sendiri yang mana menitik beratkan permainan seni & teknik senjata yang ringkas, padat, mudah & berkesan.

PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI mengabungkan permainan zahir dan batin. Di dalam permainan PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI  anak murid akan di ajarkan permainan zahir (Pukulan) dan dikuatkan lagi dengan permainan batin (Dalaman). Permainan Batin yang di ajarkan tidak menggunakan jampi serapah, malah di PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI batin bermaksud dalaman jiwa. Murid akan diajarkan tenaga dalam rohaniah yang menggunakan zikullah yang berlandaskan Al-quran dan Sunnah.

Matapelajaran PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI, di dalam PERGURUAN SENI SILAT BIMA SAKTI terdapat 5 peringkat yang harus dilepasi oleh setiap Pesilatnya. Antara 5 matapelajarannya adalah:

1. Peringkat Cindai Putih:
  • Pengisian Tenaga Rohaniah
  • Silat Gerak Ilham (Ibu Gayong)
  • Asas Pengubatan dan Urutan
  • Ilmu Perisai Diri (Taklut daripada senjata tajam dan benda keras)
  • Dan Banyak Lagi
2. Peringkat Cindai Hijau:
  • Permainan Pukulan 10
3. Peringkat Cindai Kuning:
  • Permainan Golok Melayu
4. Peringat Cindai Merah:
  • Permainan Keris 
5. Peringkat Cindai Hitam:
  • Permainan Kebatinan Tinggi

Sesorang murid haruslah mengkhatam 5 peringkat ini dahulu, baru akan di tabalkan menjadi Guru dan boleh mengikuti dan bersama dengan Majlis Adat Perguruan. 

Setiap Pengisian/Pengijazah dan Pembelajaran hanyalah akan melalui Guru Utama Sahaja, Jurulatih & Gurulatih/Khalifah hanya membantu dari segi pengajaran sahaja.


Berminat untuk belajar, sila hubungi: 012-943 7012