"SESUATU ILMU ITU AKAN MENJADI BUKAN KERANA GURUNYA HEBAT, TETAPI ILMU ITU MENJADI KERANA KUATNYA SESEORANG ITU BERAMAL DI DALAM HATINYA PENUH KE SUCIAN KERANA ALLAH SWT"

Thursday 9 June 2011

AKADEMI TENAGA DALAM MALAYSIA


Akademi Tenaga Dalam Malaysia - menjalankan perlatihan kursus bina insan dan daya sejati diri melalui kursus berkenaan tenaga dan kuasa minda (Mind Power). Mencungkil bakat terpendam dalam diri setiap manusia yang masih belum diterokai dan difahami secara ilmiah, bukannya mistik. Tidak melibatkan unsur-unsur negatif, kuasa jin, syaitan, ilmu hitam, khadam dan lain-lain yang bertentangan dengan akidah.

Pembelajaran ini tidak bersangkut-paut dengan pelajaran keagamaan, boleh dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya dari seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapore, Indonesia, Australia, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain.