"SESUATU ILMU ITU AKAN MENJADI BUKAN KERANA GURUNYA HEBAT, TETAPI ILMU ITU MENJADI KERANA KUATNYA SESEORANG ITU BERAMAL DI DALAM HATINYA PENUH KE SUCIAN KERANA ALLAH SWT"

Thursday 18 July 2013

Ilmu Pukulan Jurus Al-Haq (Jurus Pukulan Angin/Jarak Jauh)

Ilmu Pukulan Jurus Al-Haq (Jurus Pukulan Angin/Jarak Jauh)

Keilmuan Jurus Al-Haq ini akan diajarkan dengan kekuatan Tenaga Dalam Haq & Rahsia Zikrullah. Mengabungkan Teknik Penafasan, Zikir & Tenaga Dalam Haq di dalam pembelajaran ini, anda mampu dapat melumpuhkan serangan lawan tanpa menyentuhnya walaupun berada di mana dan dalam keadaan apa sekalipun.

Lawan yang beremosi tinggi akan muntah darah dan terpental serta menggelupur.Mengosongkan kekuatan lawan.Anda akan didikan juga kekuatan jurus angin.Mampu untuk menghindari diri dari serangan ghaib, ilmu hitam dari bomoh-bomoh yang jahat.

Tetapi harus diingat, jurus ini bersifat DEFENSIF SAHAJA, tidak boleh di demo atau ditunjuk-tunjuk. Cukup semasa perlatihan cuma rasainya sahaja, jika menunjuk-menunjuk takut datangnya pula sifat Riak & Takbur dan juga takut memakan diri. Wallahualam.

Pengijazahan Tahap 1 - Jurus Al-Haq

Di dalam, silibus pembelajaran yang pertama Jurus Al-Haq ini anda akan di ajarkan seni jurus al-haq ini yang mana seni adalah tunjang dan pokok utama bagi mereka yang baru mula-mula ingin mempelajari dan amati keilmuan jurus al-haq.

1. Pengisian
2. Penyucian Diri
3. Perlatihan Rohani
4. Perlatihan Jasmani (Terdapat 5 Jurus untuk Tahap Pertama)

Pengijazahan Tahap 2 - Jurus Al-Haq

Pengijazahan Tahap 2 adalah diambil dari Tahap 1 dimana anda akan diisikan dengan 5 kekuatan angin yang mana jurus ini lebih menumpukan kepada proses pembelajaran untuk rawatan & perubatan. Di tahap ini pelatih akan di ajarkan cara-cara merawat secara membuat jurusan.

Pengijazahan tahap 3 - Jurus Al-Haq

Diperingkat ini segala rahsia keilmuan inti ilmu hulubalang & para pendekar peringkat tertinggi akan didedahkan kepada anda.Segala kelebihan sebagai guru akan diisikan kepada anda boleh mencipta jurus,pergerakan silat,pahlawan ternama,pengisian pada benda dan orang dengan kekuatan yang tinggi.

Untuk mencederakan musuh hanya dengan niat sahaja.Lawan akan menjadi Kawan, Musuh Menjadi Sahabat.Anda dibenarkan untuk membuka perguruan sendiri dan membuat pengisian bagi ilmu ini.Bonus wajib 5 kekuatan jurus angin yang kencang akan diijazahkan kepada anda sebagai pengiktirafan dan pengijazahan anda menjadi seorang Guru/Master Jurus Al-Haq.


Anda akan diijazah:
1. Keilmuan dari Tahap 1 sampai ke Tahap 3 dengan sekali bayaran
2. Sijil 3 Tahap & Sijil Guru

Fidyah/Mahar: RM 250


Pengijazahan tahap 4 - Jurus Al-Haq (Tahap Tertinggi)

Merupakan lanjutan kepada keilmuan Jurus Al-Haq pada peringkat tertinggi. Dengan memiliki keilmuan ini, anda mampu menguasai segala bentuk kebatinan Jurus Al-Haq yang ampuh untuk mewujudkan dan membangkitkan energi bathin dalam setiap diri pelajar anda.

Ilmu ini hanya tertumpu kepada mereka yang benar-benar telah diuji kebolehannya dalam permainan keilmuan Jurus Al-Haq dan yang benar-benar bersedia menguasai Tahap ini sahaja.

Setelah menagambil tahap ini, anda boleh dan mampu mewujudkan seberapa ramai jurulatih bahkan guru kepada keilmuan Jurus Al-Haq .

Untuk memiliki keilmuan Jurus Al-Haq Tahap 4 ini, anda harus diuji terlebih dahulu keampuhan Jurus Al- Haq yang ada pada diri anda. Bukan semua yang mampu menguasai keilmuan ini dan mampu menghabiskan dan mengkhatam sehingga ke peringkat ini, dan ada yang datang berulangkali.

Bagi yang sudah membuat pembayaran untuk ke tahap ini, anda tidak perlu membuat pembayaran lagi jika ingin mengambil ujian sekali lagi jika anda tidak lulus di dalam membuat perlatihan tahap ini ataupun tidak lulus ketika membuat ujian tahap ini.

Fidyah/Mahar: RM 500

Nasihat & Kata-kata Mutiara:-

Bagaimana pukulan anda menjadi kukuh & kuat?
Setiap gerak anda berserta zikir & kekuatan bersama ayat2 ruqyah. (Yakinlah Allah Maha Pemakbul Doa Anda).  Keyakinan tinggi kepada bantuan Allah.

Sebab Kelemahan Pukulan & Jurusan anda TIDAK MENJADI?

  1. Kurang Keyakinan kepada Allah swt
  2. (Buat bukan kerana Allah)
  3. Riak
  4. Sombong 
  5. Berkepentingan tertentu
  6. Hamba duit /duit sebagai focus
  7. Zikir Lemah

Setiap pelatih perlulah berdoa sentiasa kepada Allah & binalah keyakinan tinggi kepada kuasa Allah swt. Kekuatan kita adalah kekuatan Zikir & Keyakinan kepada  Makbulnya Doa.

Rapatkan diri kepada Allah & buatlah kerana Allah  & bukan kerana berkehendakan ilmu itu. Ingatlah "KUN FAYA KUN" sesuatu benda di atas muka bumi ini semua datang daripada kehendak & keizinan Nya jua.